Tuesday, September 14, 2010

Untuk Kak Siti Fatimah Mat Saman





Akak..
Masih ingatkah?
Satu waktu dulu kita pernah bersama-sama,
Saling menemani dalam kelana sukar ini,
Akak tempat bermanja, bermesra dan bersenda
Bahkan akak tempat menyeka air mata,

Pernah kuhairan,
Seolah-olah tiada duka secalit pun pernah lahir dari akak..
Kerana semua kegusaran itu datang dari mulut ini,
Dan telinga akak pertama mendengari,
Tangan akak pantas mengenggam
Memujuk-mujuk supaya belajar erti redha..

Dari mana akak datang?
Kerna tidak pernah sedikit pun kubilang
Air mata akak, melainkan tumpahnya kerana Allah
Jika akak persoalkan siapa akak pada Dia,
Kupasti akak orang yang tinggi disisiNya.

Masa pantas berlalu,
Zaman, waktu, semuanya memintas kita,
Tapi akak kekal berteleku disitu,
Untuk mendengar sedu ini,
Dan ‘redha’ yang akak ajar
Tak akan pernah berubah

fRIENDS are BORN not MADE

Yang berubah itu masa,
Dan yang berubah itu keadaan,
Kini akak mungkin tidak selalu lagi menemani,
Akak sekarang sudah dimiliki,
Akak juga milik umat alam ini..

Akak,
 kusentiasa inginkan yang terbaik untuk akak,
Sebagaimana yang akak pernah beri yang terbaik untukku,
Bantuanmu, penat lelahmu untukku sentiasa tersimpan kemas dalam sanubari,
Tidak mampu kuuraikan satu persatu..

Tika datangnya majlis pernikahan akak,
-takdir dan anugerah yang datang dari Allah-
Bukan kerana bila aku kata ‘train siapa datang dulu, dia kahwin dulu..’
Walaupun ternyata train akak sampai dahulu..
Dan train yang ingin kunaiki tidak kunjung tiba...
Air mata bercucuran kerana bahagia melihat akak mengecap bahagia,
Ketika yakin akak segalanya pada Dia,
Akak sentiasa terima apa yang ada untuk akak
Dalam simpananNya..

Apabila teringat memori silam dan kini,
Air mata itu basah lagi..
Takut diri ini jika akak dibawa jauh pergi..

Teringat lagi..
Saat terakhir kita bersama, bagaikan itu takdir buat kita,
Berkongsi cerita setelah dipisahkan masa,
Waktu bagai terhenti membiarkan kita..
Akak, jangan lupakannya tau?

Mungkinkah itu semua kali terakhir memandang wajah tenang akak..
Bersama-sama berada dalam soff memperjuangkan kalimah Allah,
Bersama-sama menguntai ukhwah dalam apa jua bentuk sekalipun..
Memori yang terpatri hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya kita..

Dan hari ini,
Setelah hati kering dengan cinta,
Akak beri harapan yang menenangkan..
Disaat kesibukan akak,
Walaupun akak sudah menerima tanggungjawab kesibukan sebagai isteri,
Akak masih mampu meluangkan masa..
Akak tidak pernah sembunyikan kebahagiaan yang akak ada,
Melainkan akak kongsikan bersama-sama... aku...
InsyaAllah... nanti kita jumpa ye kak..

Terima kasih sudi meluangkan masa denganku..
Terima kasih kepada nakhoda kapal yang membawa kakakku,
Janji padaku... Peliharalah ia..
Tidak perlu kuucapkan mengapa,
Kautelah tahu setelah memilikinya, betapa berharganya ia!
 Harapanku agar, ukhwah ini tetap dibaja dan menjadi penyelamat ketika kukekaburan mencari pahala yang mampu menyelamatkanku dari api neraka..
Agar kita tetap dekat di dunia dan dekat di akhirat menatap cinta Agung dan menagih cinta Rasul.
Ya Allah, jadikan ukhwah ini pelindung pada hari 
tiada perlindungan melainkan dua orang yang 
berkasih keranaMU ameen!


*IN MEMORY (UKHWAH 2005-2010) insyaAllah sampai akhir hayat
*TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA, AKAK!
*DALAM KENANGAN..BANTAL BERBENTUK LURVE MERAH HATI YANG AKAK PERNAH HADIAHKAN! =)
(sunnah nabi tau, Rasulullah suka diberi hadiah berbentuk wangi2an, bantal dan manisan <--hadis)
*UHIBBUKIFILLAH HUBBAN JAMMAN...



No comments:

Post a Comment