Tuesday, September 14, 2010

BARAKALLAHULAKUMA


BARAKALLAHULAKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHER...

Untuk Kak Siti Fatimah Tersayang dan pasangannya Ustaz Muhammad Abd Razak
Semoga mawaddah dan rahmah melimpahi hidup kalian
Semoga Istiqamah!!

bagaimana cinta manusia begitulah cinta pada Yang Esa


"BAGAIMANA CINTA MANUSIA KETIKA TIDAK MAHU DIDUAKAN BEGITULAH CINTA YANG ESA, SANGAT MURKA APABILA DISEKUTUKAN.. NAMUN MURAH LAGI NILAI CINTA MANUSIA KERANA MASIH MAMPU TERKONGSI ATAS IZIN TUHANNYA.. RAHSIA INI AGAR MEMBEZAKAN CINTA MANUSIA DAN TUHANNYA...."

"CINTA MANUSIA LAHIR HASIL BERTEMU DAN MEMANDANG BERKONGSI RASA, TETAPI MAHALNYA RAHSIA CINTA AGUNG INI TIDAK MENGAPA ZATNYA TIDAK KETAHUAN TETAPI SUDAH RAMAI YANG TUNDUK MENYERAH, MENGORBANKAN APA SAHAJA DI JALANNYA SEHINGGALAH NYAWA UNTUK PEMBUKTIAN CINTA AGUNG TUHANNYA..dan kematian itu satu kerinduan bagi pencintaNya"

 "CINTA NABI ITU JUGA LAHIR HASIL LUHUR PEKERTINYA BAHKAN SESAAT CUMA TIDAK PERNAH MEMANFAATKAN MASA BERSAMA, APATAH LAGI MEMANDANG MESRA WAJAHNYA YANG MULIA.."

"SYUKUR KEPADA TUHAN ASALKAN ADA DETIK DI HATI BERNIAT INGIN MERASAKAN DUA KECINTAAN AGUNG BIARPUN TERLALU LEMAH UNTUK MENGATAKAN PERNAH MENIKMATI MANISYA KEDUA-DUA RASANYA CINTA...."

semoga kita merenungi hakikat ini dalam memadu cinta manusia~ 


allahumma inna nas aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka

CINTA ADALAH PESAN AGUNG ALLAH...





Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu
Padahal sesungguhnya cinta hanya pinjaman untuk kita merasainya,
padahal cinta adalah rahsia pertama menyingkap rahsia Tuhannya..

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,
satu jam bersama serasa satu minit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran
Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya
Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian
Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Kerana Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu
Kerana Allah mengajarkan cinta tulus dan agung
Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki

Untuk Kak Siti Fatimah Mat Saman





Akak..
Masih ingatkah?
Satu waktu dulu kita pernah bersama-sama,
Saling menemani dalam kelana sukar ini,
Akak tempat bermanja, bermesra dan bersenda
Bahkan akak tempat menyeka air mata,

Pernah kuhairan,
Seolah-olah tiada duka secalit pun pernah lahir dari akak..
Kerana semua kegusaran itu datang dari mulut ini,
Dan telinga akak pertama mendengari,
Tangan akak pantas mengenggam
Memujuk-mujuk supaya belajar erti redha..

Dari mana akak datang?
Kerna tidak pernah sedikit pun kubilang
Air mata akak, melainkan tumpahnya kerana Allah
Jika akak persoalkan siapa akak pada Dia,
Kupasti akak orang yang tinggi disisiNya.

Masa pantas berlalu,
Zaman, waktu, semuanya memintas kita,
Tapi akak kekal berteleku disitu,
Untuk mendengar sedu ini,
Dan ‘redha’ yang akak ajar
Tak akan pernah berubah

fRIENDS are BORN not MADE

Yang berubah itu masa,
Dan yang berubah itu keadaan,
Kini akak mungkin tidak selalu lagi menemani,
Akak sekarang sudah dimiliki,
Akak juga milik umat alam ini..

Akak,
 kusentiasa inginkan yang terbaik untuk akak,
Sebagaimana yang akak pernah beri yang terbaik untukku,
Bantuanmu, penat lelahmu untukku sentiasa tersimpan kemas dalam sanubari,
Tidak mampu kuuraikan satu persatu..

Tika datangnya majlis pernikahan akak,
-takdir dan anugerah yang datang dari Allah-
Bukan kerana bila aku kata ‘train siapa datang dulu, dia kahwin dulu..’
Walaupun ternyata train akak sampai dahulu..
Dan train yang ingin kunaiki tidak kunjung tiba...
Air mata bercucuran kerana bahagia melihat akak mengecap bahagia,
Ketika yakin akak segalanya pada Dia,
Akak sentiasa terima apa yang ada untuk akak
Dalam simpananNya..

Apabila teringat memori silam dan kini,
Air mata itu basah lagi..
Takut diri ini jika akak dibawa jauh pergi..

Teringat lagi..
Saat terakhir kita bersama, bagaikan itu takdir buat kita,
Berkongsi cerita setelah dipisahkan masa,
Waktu bagai terhenti membiarkan kita..
Akak, jangan lupakannya tau?

Mungkinkah itu semua kali terakhir memandang wajah tenang akak..
Bersama-sama berada dalam soff memperjuangkan kalimah Allah,
Bersama-sama menguntai ukhwah dalam apa jua bentuk sekalipun..
Memori yang terpatri hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya kita..

Dan hari ini,
Setelah hati kering dengan cinta,
Akak beri harapan yang menenangkan..
Disaat kesibukan akak,
Walaupun akak sudah menerima tanggungjawab kesibukan sebagai isteri,
Akak masih mampu meluangkan masa..
Akak tidak pernah sembunyikan kebahagiaan yang akak ada,
Melainkan akak kongsikan bersama-sama... aku...
InsyaAllah... nanti kita jumpa ye kak..

Terima kasih sudi meluangkan masa denganku..
Terima kasih kepada nakhoda kapal yang membawa kakakku,
Janji padaku... Peliharalah ia..
Tidak perlu kuucapkan mengapa,
Kautelah tahu setelah memilikinya, betapa berharganya ia!
 Harapanku agar, ukhwah ini tetap dibaja dan menjadi penyelamat ketika kukekaburan mencari pahala yang mampu menyelamatkanku dari api neraka..
Agar kita tetap dekat di dunia dan dekat di akhirat menatap cinta Agung dan menagih cinta Rasul.
Ya Allah, jadikan ukhwah ini pelindung pada hari 
tiada perlindungan melainkan dua orang yang 
berkasih keranaMU ameen!


*IN MEMORY (UKHWAH 2005-2010) insyaAllah sampai akhir hayat
*TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA, AKAK!
*DALAM KENANGAN..BANTAL BERBENTUK LURVE MERAH HATI YANG AKAK PERNAH HADIAHKAN! =)
(sunnah nabi tau, Rasulullah suka diberi hadiah berbentuk wangi2an, bantal dan manisan <--hadis)
*UHIBBUKIFILLAH HUBBAN JAMMAN...